F Muhyiddin kecewa cubaan rampas kuasa gagal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Muhyiddin kecewa cubaan rampas kuasa gagal

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas kecewa dengan akuan berkanun dan percubaan rampasan kuasa yang gagal, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri telah musnah dan kerjaya politiknya berakhir dalam keadaan mengaibkan.

"Muhyiddin harus melakukan perkara yang betul untuk negara, rakyat dan parti yang telah memberinya begitu banyak – dan berundur secara senyap," kata beliau.  

Semalam, Muhyiddin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman beliau jika tuduhan rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar.

"Menggunakan 1MDB sebagai alasan, serangan bertubi-tubi melalui kempen memburuk-burukkan dan pembohongan bukan didorong oleh kepentingan negara dan rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai cita-cita politik yang mementingkan diri," kata Tengku Sariffuddin.

Tengku Sariffuddin berkata penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet dan Umno adalah disebabkan perbuatannya sendiri.

"Dia melihat laluan ke puncak melalui rampasan kuasa yang didalangi Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad). Ia merupakan perebutan kuasa terhadap prinsip-prinsip demokrasi, dan ia gagal," katanya.

Di samping itu, beliau berkata peluang mendedahkan akuan berkanun di mahkamah menunjukkan bahawa Muhyiddin telah melakukan kecurangan dengan isteri orang lain selama bertahun-tahun.

"Keputusan beliau untuk tidak menyaman, seperti apa yang beliau selalu mencabar orang lain untuk melakukan, menunjukkan bahawa dakwaan itu adalah benar," katanya.
Powered by Blogger.