F Misteri Volkswagen kuning | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Misteri Volkswagen kuning

KISAH sebuah kereta Volkswagen berwarna kuning tanpa pemandu yang sering muncul di jalan lama Karak dan mengganggu pengguna jalan raya antara kisah legenda hangat sekitar 1956.

Kereta berkenaan dikatakan sering memandu perlahan dan apabila ia dipotong, secara tiba-tiba ia akan berada di depan semula.

Bahkan, beberapa nahas di jalan itu sering dikaitkan dengan Volkswagen kuning.

Malah kisah Volkswagen kuning semakin hangat diperkatakan setelah Lebuhraya Utara Selatan merentasi kawasan Jelapang dibina.

Diinspirasikan kisah itulah memberi idea kepada penerbit dan pengarah terkenal, Raja Azmi menghasilkan skrip Volkswagen Kuning.

Ia diangkat ke filem berjudul sama diarahkan Shadan Hashim dan dijayakan pelakon Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie, Fatin Afifah, Sharolnizam dan Mak Jah.

Filem ini mengisahkan pasangan bertunang, Fuad (Pekin) dan Sarah (Atikah) yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad.

Dalam perjalanan, mereka alami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka kemalangan dan Sarah mula berubah.

Pak Ayob (Azman Hassan), bapa saudara Fuad mula menyiasat gangguan dan punca kemalangan menimpa Fuad. Hasil penyiasatan membuka kembali sejarah hitam yang pernah terjadi di kampung itu.

Dari segi penceritaan, pada pandangan penulis, ia tampil dengan sesuatu yang menarik kerana jika ada pun filem Volkswagen Kuning ia sudah dipadatkan di dalam satu filem.

Secara keseluruhan, filem ini masih menarik ditonton jika anda ingin mengetahui kisah di sebalik misteri Volkswagen kuning ini.

Kenapa ia sering mengganggu pemandu di jalan raya itu? Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam.


Powered by Blogger.