F Mira Filzah pegang amanah ibu bapa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mira Filzah pegang amanah ibu bapa

POPULARITI mendadak aktres cantik, Mira Filzah atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman memberi tekanan kepadanya sebagai anak seni.

Dalam tempoh lebih dua tahun aktif berlakon, namanya kini sudah boleh dikira berdiri sama tinggi dengan pelakon popular sedia ada.

Berkongsi mengenai hal tersebut, aktres yang dilahirkan pada 2 April 1993 tidak menolak untuk menjadi lebih berhati-hati dengan apa yang dilakukan sekarang bagi mengekang reaksi negatif orang sekeliling.

“Saya tidaklah sepopular mana, namun saya akui kini ada juga peminat yang mahu bergambar dan sebagainya.

"Apa yang pasti, sejak awal-awal terjun dalam dunia seni lagi, ibu bapa sudah memberi pesan agar bijak menjaga diri nama baik diri serta keluarga.

"Jadi sudah tentunya saya pegang ia sebagai satu amanah yang perlu saya pegang untuk mereka.

“Pun begitu, saya akui tidak boleh untuk memuaskan hati semua pihak. Apa pun saya cuba untuk memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan, insya-ALLAH.

Berkongsi perkembangan terbaharunya pula, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku di samping Aliff Aziz itu bakal ke lokasi sebuah lagi drama yang diadaptasikan daripada naskhah novel berjudul Cik Serba Tahu untuk siaran Astro bersama Fattah Amin.

“Pada masa sama, saya juga akan sibuk mengendalikan program realiti berjudul 3 Juara pada Oktober nanti.

“Program 3 Juara merupakan percubaan kedua saya sebagai pengacara.

"Jadi pastinya saya perlukan pendapat daripada penonton untuk memperbaiki skil saya dalam mengacara. Jujurnya saya mengambil tawaran tersebut kerana mahu mencabar diri,” katanya yang mengakui sudah bersedia untuk menerima respons penonton apabila mengacarakan program tersebut yang bakal dipancarkan secara langsung di TV3 tidak lama lagi.
Powered by Blogger.