F Mia menikam tuannya... | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mia menikam tuannya...

Seekor anjing yang dipanggil mia telah bertindak menikam tuannya sendiri di bahagian tangan menggunakan pisau kupas buah.

Mia yang merupakan anjing baka Chesapeake Bay Retriver berumur satu setengah tahun milik Celinda Haynes dikatakan mengutip pisau tersebut menggunakan mulutnya di kaunter dapur dan meninggalkan mata pisau tersebut di luar mulutnya.

Menurut Haynes, dia sudah cuba memujuk Mia dengan memberikannya biskut anjing namun rancangannya gagal apabila Mia bertindak menyerbu ke arah beliau untuk mendapatkan sneknya itu.

“Ketika Mia menyerbu ke arah saya untuk makan biskut anjing, secara tidak sengaja pisau tersebut terkena lengan saya dan meninggalkan luka yang dalam iaitu sepanjang empat hingga lima inci,” katanya kepada KDVR TV.

Pegawai polis Hudson, Brent Flot turut mengatakan bahawa dia berasa sangat terkejut apabila mendapat laporan bahawa seekor anjing telah menikam tuannya.

“Apabila saya mendapat laporan tersebut, saya berasa sangat terkejut hingga meminta agar ia diulang semula. Saya berasa sangat pelik apabila kejadian sebegini boleh terjadi.

“Yang pastinya, Mia tidak akan ditangkap, dia seekor anjing!” katanya lagi.
Powered by Blogger.