F Mia Harap Uqasha Tabah Berdepan Komen 'Maha Dahsyat' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mia Harap Uqasha Tabah Berdepan Komen 'Maha Dahsyat'

Pelakon Mia Ahmad mengakui sama sekali tidak menyokong sahabatnya, Uqasha Senrose yang mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Memetik laporan Utusan Malaysia, baginya, apa yang salah, tetap salah. Cuma, sebagai seorang rakan karib, apa yang boleh dihadiahkan hanyalah sokongan moral untuk kakak kepada Nelydia Senrose itu tabah menghadapi hari-hari mendatang dengan lebih baik.

"Selepas isu buka tudung, saya juga ada menghubungi Uqasha. Sejujurnya, saya tidak menyokong apa yang dia buat. Cuma sebagai seorang rakan, saya mahu dia kuat, terutama apabila berhadapan dengan komen-komen segelintir peminat yang ‘maha dahsyat’ pedihnya.

"Kita manusia biasa. Masing-masing ada buat silap. Seperti Fathia Latiff dan Elfira Loy, kami bersependapat yang semoga Uqasha dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan baik. Mana tahu, dengan kata-kata nasihat dia akan fikir mana yang lebih baik,”" katanya.
Powered by Blogger.