F Mengaku Rakam Video Seks Dengan Kekasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mengaku Rakam Video Seks Dengan Kekasih

Kes tuduhan seksual terhadap Jung Joon Young, 27, masih lagi hangat menjadi bualan hangat ramai. Sehingga kini penyanyi dan personaliti TV itu perlu menjalani pemeriksaan dan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Terkini, dalam satu sidang media, bintang Korea yang dilahirkan di Jakarta, Indonesia ini mengaku bahwa beliau memang pernah merakam video ketika melakukan hubungan seks bersama kekasihnya.

Jelasnya, tindakan itu dilakukan dengan kerelaan mereka sendiri dan bertujuan mahu berseronok. Bagaimanapun, hubungan percintaan mereka putus bukan berpunca kerana rakaman video seks itu.

Sebaliknya, hubungan mereka mula tegang dan akhirnya berantakan kerana kesibukan Joon Young sehingga dia kurang dapat meluangkan masa bersama teman wanitanya.

Gara-gara kecewa ditinggalkan, wanita berkenaan akhirnya membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh bintang program realiti popular, 2 Days 1 Night itu.

"Saya tidak menyangka perkara yang saya lakukan yang bertujuan mahu berseronok, mencetuskan kontroversi sebesar ini.

"Ini semua kesalahan saya. Saya minta maaf terutama kepada seluruh kru yang terbabit dalam 2 Days 1 Night.

"Saya hanya berserah dan menerima keputusan saja keputusan yang akan dibuat oleh pihak program itu. Saya juga akan mengikuti proses siasatan," tuturnya seperti yang dilaporkan Allkpop.

Dalam pada itu, Joon Young berkata, dia dan bekas kekasihnya masih berhubungan baik. Malah wanita itu telah menghantar surat akuan ke pejabat pendakwa raya yang menyatakan bahwa Joon Young tidak bersalah sekaligus berharap kes itu tidak terus diperbesar-besarkan.

"Benar, dia ada menulis surat. Tetapi pihak kami tak dapat mendedahkan secara terperinci isi kandungan surat itu bagaimanapun, ia menyatakan dia (Jung Joon Young) tidak bersalah dan wanita itu berharap Joon Young tidak dihukum," jelas wakil pihak pendakwa raya.
Powered by Blogger.