F Mel Gibson Teruja Bakal Timang Anak Kesembilan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mel Gibson Teruja Bakal Timang Anak Kesembilan

Bintang terkenal, Mel Gibson bakal menyambut ahli keluarga baharu iaitu anak kesembilan apabila kekasihnya Rosalind Ross dilaporkan hamil.

Menurut sumber, pasangan yang menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu itu dijangka melahirkan bayi mereka pada awal tahun depan.

Mel dikhabarkan sangat gembira dan teruja untuk menyambut kelahiran anak kesembilannya pada usia 60 tahun.

"Mel dan Rose sangat gembira dan mereka sudah tidak sabar untuk menanti kelahiran bayi tersebut. Dua tahun kebelakangan ini merupakan tahun bertuah buat Mel," ujar sumber.

Mel sebelum ini berkahwin dengan Robyn Denise More pada tahun 1970 dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Dia kemudian dikurniakan seorang anak perempuan hasil hubungannya dengan wanita bernama Grigorieva.
Powered by Blogger.