F Masih Disindir Gara-gara Cerita Jerawat Batu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Masih Disindir Gara-gara Cerita Jerawat Batu

Pelakon Hafreez Adam Aizat, 26, mengakui sehingga kini dia masih menjadi bahan sindiran dan juga gurauan di media sosial gara-gara artikel mengenai masalah jerawat batu yang pernah di alaminya satu ketika dahulu.

Memetik laporan Kosmo!, Hafreez berkata, dia tidak berasa malu dan kerana niatnya pada waktu itu ialah untuk berkongsi tips serta motivasi bagi mereka yang mengalami proses sama.

"Masih ada lagi peminat yang datang dan memerli saya jika bertemu di luar, malah masih ada yang meninggalkan komen di laman sosial. Kadang-kadang kelakar juga kerana saya ingatkan jika ia satu cerita yang tidak penting, mengapa orang masih mengingatinya.

Ya, ia memang disalahtafsirkan kerana ada sesetengah pihak cuma membaca sedikit sahaja daripada keseluruhan artikel dan terus menghakimi saya. Namun apa yang penting ialah niat saya bercerita adalah untuk memberi motivasi bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, itu sahaja," katanya.

Hafreez mengakui, dia belajar banyak perkara daripada insiden berkenaan, terutama tentang kisah peribadi yang sesuai dikongsi dan isu salah faham masyarakat berkenaan niat sebenar seseorang.

"Antara perkara yang saya sedar selepas terjadinya kes itu ialah pemahaman orang itu berbeza-beza dan kita hanya boleh cuba menjelaskan keadaan sebenar setakat yang terdaya.

"Selepas cerita jerawat batu, saya semakin prihatin dan peka tentang apa yang sesuai untuk dikongsi agar tidak lagi timbul salah faham seperti itu.

Perkembangan lain, Hafreez sedang menanti tayangan filem lakonanya, Juvana 3, yang akan ditayangkan hujung bulan ini dan sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit.
Powered by Blogger.