F Marsha beralih status | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Marsha beralih status

KELIBAT figura ini di dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketiga lebih 10 tahun lalu, si cantik ini menjadi antara bekas peserta yang masih dikenali hingga kini.

Tidak hanya berbakat dalam bidang nyanyian, pemilik nama sebenar Marsha Milan Londoh ini juga sudah membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Bagaimanapun selepas bergelar isteri akhir Disember tahun lalu, Marsha mengakui mula memperlahankan karier seninya.

“Tetapi bukan semua karier, sebaliknya saya merasakan lebih manis kalau saya memperlahankan karier lakonan selepas bergelar isteri. Rasa tak elok pula sekiranya saya perlu meninggalkan suami kerap di awal perkahwinan.

“Suami pula tidak pernah menghalang, cuma dia kata kalau boleh, sekiranya saya terima tawaran berlakon, biarlah naskhah dan skrip yang berbaloi.

“Dalam masa yang sama saya rasa sudah masanya untuk saya kembali fokus dalam bidang nyanyian dan saya juga bersedia menerima apa sahaja tawaran mengacara,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ujar Marsha, atas perancangan untuk kembali menyanyi, dia kini sedang sibuk mengumpul dan menyiapkan album terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan hujung tahun ini.

“Segalanya masih dalam proses, tetapi saya harap ia akan berada di pasaran pada bulan Disember depan.

“Saya juga masih mengekalkan konsep balada untuk album kali ini,” katanya yang bekerja bersama Omar K untuk projek kali ini.

Dalam perkembangan lain, Marsha berkata, dia bakal muncul dalam beberapa program termasuk sebuah program berjudul Taste Selebriti yang akan membawa penonton melihat tempat menarik dan makanan menarik di negeri seluruh Malaysia.

Untuk program berkenaan, dia bakal kembali ke Sabah dan turut merancang memasak satu menu istimewa yang juga makanan tradisi Sabah.
Powered by Blogger.