F Marion Caunter Enggan Komen Isu Pakai Mantel Bulu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Marion Caunter Enggan Komen Isu Pakai Mantel Bulu

Personaliti TV dan pengacara Marion Caunter enggan mengulas lanjut kritikan para netizen gara-gara dia memuat naik gambar memakai fur stole (mantel bulu), baru-baru ini.

"Saya tiada komen," kata Marion sepert yang dilaporkan Awani.

Marion kini berada di Itali untuk menghadiri Minggu Fesyen Milan.

Beberapa hari lalu, kepada seorang ahli perniagaan itu memuat naik tiga gambar dimana beliau menggayakan fur stole dari sebuah jenama terkenal.

Sebilangan netizen meluahkan ketikdakpuasan mereka dengan aksesori pilihan Marion itu.

Antaranya mereka berkata ia mendorong keganasan terhadap haiwan. Oleh kerana itu, mereka turut meluahkan hilang rasa hormat terhadap Marion.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa tiada sesiapa yang berhak untuk menghukum Marion berdasarkan pilihan fesyennya.

“Untuk beberapa pihak yang bertindak balas secara keterlaluan bahawa itu adalah bulu sebenar tanpa mengetahui apa-apa dan memulakan komen-komen negatif, ia langsung tidak masuk akal,” kongsi @jdxlim_ di Instagram.
Powered by Blogger.