F Mahu Lelaki Yang Berkerjaya, Kukuh Kewangan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mahu Lelaki Yang Berkerjaya, Kukuh Kewangan

Pelakon Izreen Azminda mengakui takut untuk membuka hatinya kepada mana-mana cinta baharu.

Memetik laporan Kosmo!, Izreen berkata, dia bukan trauma, namun sebagai ibu kepada anak yang baru berusia tiga tahun, Muhammad Adrian Umar, Izreen mengakui, takut jika lelaki baharu yang dikenali nanti tidak boleh menerima putera tunggalnya.

“Terus terang dikatakan, buat masa ini hati saya belum terbuka untuk menerima cinta mana-mana lelaki. Saya tidak yakin dengan lelaki sekarang, tambahan pula saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak.

“Bukan trauma, tetapi saya takut adakah lelaki itu boleh menerima anak saya seadanya. Mungkin dia boleh menerima saya, tetapi bagaimana dengan anak saya,” ujarnya.

Meskipun begitu, pemilik nama Izreen Azminda Aznam itu memberitahu, dia tetap bahagia dengan kehidupannya kini walaupun tanpa kehadiran cinta lelaki.

Malah katanya, dia lebih tenang kerana tidak perlu berperang dengan emosi mahupun sakit hati seperti yang dilalui kebanyakan pasangan bercinta.

"Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih bahagia dan tenang kerana tidak terikat dengan sebarang hubungan cinta

"Benar memang terdapat beberapa lelaki cuba mendekati saya, namun semuanya masih belum benar-benar menepati cita rasa.

“Jika saya mahu, biarlah lelaki tersebut kukuh daripada segi kewangannya. Bukan saya mahukan anak datuk, tetapi cukup dia mempunyai kerjaya, kewangan yang kukuh selain boleh menyayangi saya dan anak sepenuh hati,” tuturnya.

Powered by Blogger.