F Madame Tussauds Pisahkan Patung Brad Pitt, Angelina Jolie | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Madame Tussauds Pisahkan Patung Brad Pitt, Angelina Jolie


Berikutan pengumuman perceraian antara pasangan terkenal Angelina Jolie dan Brad Pitt, Madame Tussauds bertindak memisahkan patung lilin keduanya di muzium mereka di ibu kota ini, London, Las Vegas dan Hollywood.

Seorang jurucakap muzium lilin berkenaan di London berkata, tindakan mereka mencerminkan perpisahan antara Jolie dan Pitt, yang didedahkan semalam.

Beliau berkata, patung lilin itu "kini dipaparkan dalam keadaan berjauhan antara satu sama lain."

Patung Jolie diletakkan berhampiran Nicole Kidman manakala Pitt dibariskan bersama gandingannya dalam beberapa filem, Morgan Freeman.

Patung lilin keduanya dipaparkan pada 2013, sempena meraikan ulang tahun ke-50 Pitt.
Powered by Blogger.