F Lindsay Lohan Luang Masa Lawat Pelarian Syria | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lindsay Lohan Luang Masa Lawat Pelarian Syria



Bintang sensasi dan kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan dilaporkan mengadakan lawatan ke hospital pelarian Syria dan rumah pelarian dari Aleppo di ibu kota Istanbul, Turki, baru-baru ini.

Agensi berita Anadolu melaporkan, aktres berusia 30 tahun itu turut ditemai oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Abdurrahim Boynukalin.

Dalam pada itu, menurut Boynukalin, media tempatan tidak diberitahu mengenai lawatan Lohan bagi mengelakkan sebarang kekecohan dan beliau juga enggan menyatakan waktu kunjungan selebriti terkenal itu.

"Perkara paling mustahak ialah bintang terkenal sepertinya sanggup mengambil isu ini serius dan membawanya ke pentas dunia.

Lohan juga menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan di hospital pelarian tersebut,” kata Boynukalin
Powered by Blogger.