F Leonardo DiCaprio Jual Rumah di Malibu RM45 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Leonardo DiCaprio Jual Rumah di Malibu RM45 juta

Bintang terkenal Leonardo DiCaprio, dilihat semakin bijak mengumpul kemewahan apabila membabitkan diri dalam urusan jual beli hartanah.

Justeru tidak hairanlah apabila pemenang Oscar ini sering dilihat menikmati gaya kehidupan mewah dengan aktiviti pelayaran dan percutian ke lokasi eksklusif sama ada di Eropah mahupun Mediterranean.

Pelakon berusia 41 tahun itu baru-baru ini membuat keputusan untuk menjual rumahnya di tepi pantai Malibu dengan harga mencecah RM45 juta.

Kediaman yang dibina pada 1950 itu bersifat minimalis, dengan dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air. Ia dikatakan pernah digunakan oleh ibu pelakon terbabit ketika beliau menghadiri majlis Anugerah Academy bersama-sama DiCaprio, 28 Februari lalu.

Kediaman itu terletak di kawasan yang dikenali sebagai pantai golongan jutawan. Ia dibeli oleh DiCaprio pada 1998 selepas kejayaan filem lakonannya, Titanic, dengan harga RM6.62 juta.

Beberapa hari kemudian, pelakon berkenaan dilaporkan bakal melepaskan pula sebuah lagi kediamannya, kali ini di San Fernando Valley.

DiCaprio membeli rumah yang dibina pada 1937 itu dengan harga RM8.28 juta pada 2014 dan kini beliau mahu menjualnya dengan nilai RM9.93 juta. Ia masih memberikan keuntungan kira-kira RM1.65 juta.

Selain memiliki empat bilik tidur, rumah itu turut dilengkap tiga bilik air, sebuah dapur dan laman belakang yang luas berserta dengan kolam renang.

Powered by Blogger.