F Lee Sung Kyung Tambah Berat Badan Kerana Watak Atlet | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lee Sung Kyung Tambah Berat Badan Kerana Watak Atlet

PELAKON drama Doctors, Lee Sung Kyung sedang membuat persiapan untuk membintangi drama baharu berjudul Weightlifting Fairy Kim Bok Ju.

Menerusi temubual dengan majalah Instyle, Lee Sung Kyung yang membawa watak sebagai seorang atlet angkat besi perlu menambah berat badan agar sesuai dengan karakter tersebut.

"Berat badan saya sudah bertambah empat kilogram ketika ini demi menjayakan watak sebagai seorang atlet angkat besi dalam drama berkenaan.

"Saya ingin berusaha secara sihat untuk menambah berat badan namun akhirnya saya terpaksa makan dengan banyak," katanya.

Aktrres ini akan bergandingan dengan aktor Nam Joo Hyuk dalam drama berkenaan.

Diterbitkan oleh MBC, siri itu dijangka akan menemui penonton pada November depan.
Powered by Blogger.