F Lebih Selesa Hanya Menulis Lirik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lebih Selesa Hanya Menulis Lirik

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali mengakui belum bersedia untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dan lebih selesa menulis lirik selain bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di Cheras, Selangor.

Memetik laporan Harian Metro, Ana, 31, berkata, sejak awal pembabitan lagi dia memang mahu dikenali sebagai penulis lirik berbanding nyanyian yang jatuh di tempat kedua.

"Kebanyakan lagu saya adalah ciptaan sendiri. Namun mungkin rezeki saya apabila bidang nyanyian lebih menyerlah.

"Cuma sejak berkahwin pada 2012, saya memilih untuk memperlahankan kerjaya nyanyian. Bukan kerana halangan suami, tetapi saya selesa berbuat sedemikian. Pada masa sama, banyak pihak beranggapan saya sudah berhenti menyanyi,"katanya.

Ana berkata, dia masih menerima undangan membuat persembahan di acara tertutup atau majlis korporat, tetapi semakin jarang muncul di kaca TV.

Kali terakhir dia tampil dengan lagu terbaru ialah pada 2013 iaitu Jauh Ke Syurga.

"Saya bukan tak suka glamor atau popular, tetapi pada kedudukan sekarang saya perlu sedar diri. Saya lebih selesa meletakkan diri sama seperti orang biasa. Tambahan pula anak baru berusia setahun tujuh bulan, jadi perhatian lebih kepadanya," katanya.
Powered by Blogger.