F Lagu All I Do Yuna Latari Siri Grey's Anatomy | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lagu All I Do Yuna Latari Siri Grey's Anatomy

Penyanyi berbakat, Yuna, terus mendapat perhatian dalam arena muzik antarabangsa.

Terbaharu, salah satu lagu dalam albumnya yang berjudul Chapters, iaitu All I Do, terpilih untuk dimainkan dalam episod pertama musim ke 13 siri Grey’s Anatomy.

Episod itu ditayangkan pada 22 September lalu di saluran ABC di Amerika Syarikat.

Lagu dari track terakhir album antarabangsa ketiganya itu dimainkan dalam satu babak di mana watak utama siri itu, Dr. Meredith Grey, membuat pengakuan tentang siapa sebenarnya yang memukul Andrew DeLuca salah satu watak dalam siri itu.

All I Do merupakan antara lagu balada dalam Chapters, dan ia adalah hasil kerjasama antara Yuna dan komposer yang pernah memenangi Anugerah Grammy, David Foster.

Grey’s Anatomy, antara siri paling popular dan berjaya di seluruh dunia, seringkali berjaya mempopularkan lagu-lagu yang kurang mendapat perhatian.

Lagu Chasing Pavement nyanyian Adele, antara lagu yang mula popular selepas dimainkan dalam siri itu, beberapa tahun lepas.
Powered by Blogger.