F Ku Li batal hasrat bersara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ku Li batal hasrat bersara


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, membatalkan hasrat untuk bersara sekaligus kekal meneruskan kepimpinan di daerah ini.

Beliau membuat keputusan berkenaan selepas seluruh ahli Umno di sini, menyokong usul yang dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian, hari ini, iaitu mendesak agar beliau terus mengekalkan kerusi Parlimen dan Ketua Umno Bahagian.

"Selagi mereka nak saya, saya teruslah. Dalam hal ini, saya tidak boleh membelakangkan kepentingan parti dan rakyat.

"Tapi saya ni dah berumur, lama sangat dah (berkhidmat). Kalau itu keputusan mereka, saya ikutlah. Tapi, terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya," katanya selepas merasmikan mesyuarat berkenaan di Dewan Bukit Cekati, di sini.

Terdahulu, Tengku Razaleigh atau Ku Li, pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk bersara dan tidak bertanding pada PRU 14, akan datang.
Powered by Blogger.