F Kim Min Hee Teruskan Skandal Dengan Pengarah Filem | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kim Min Hee Teruskan Skandal Dengan Pengarah Filem

HUBUNGAN pelakon Kim Min Hee dengan pengarah filem Hong Sang Soo dilaporkan masih bersama, biarpun terdapat khabar angin mengatakan hubungan itu sudah berakhir.

Malah, menurut sumber, pasangan ini masih berjumpa secara rahsia dan merancang untuk bercuti bersama-sama dalam masa terdekat.

"Mereka masih bertemu di tempat rahsia, secara sembunyi," ujar sumber.

Terdahulu, sejak empat bulan lalu, hubungan gelap pasangan ini dihidu oleh media dan netizen.

Pengarah yang sudah beristeri dan mempunyai seorang cahaya mata itu dilaporkan sudah meninggalkan keluarganya selepas kontroversi tersebut.

Manakala, Kim Min Hee kini bergerak sendiri bersama pengurusnya selepas kontrak bersama pengurusannya terbatal selepas kontroversi skandal terbongkar.
Powered by Blogger.