F Kerajaan disaran kaji gaji 'lapuk' sektor awam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kerajaan disaran kaji gaji 'lapuk' sektor awam

Kerajaan disaran mengkaji semula elaun lapuk bagi sektor awam menjelang Bajet 2017 Oktober depan untuk memastikan kadar simpanan isi rumah penjawat awam dapat ditingkatkan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Pekhidmatan Awam (Cuepacs),  Datuk Azih Muda berkata, tindakan sewajarnya perlu dilakukan segera supaya nasib penjawat awam terbela seterusnya tidak terbeban ekoran kenaikan harga barang.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memastkan elaun yang diterima sejajar dengan kos sara hidup dengan mengambil kira pelbagai peningkatan kos.

“Kadar simpanan isi rumah kini hanya pada kadar 0 hingga 0.69 peratus dan tidak sampai pun 0.7 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa gaji yang diterima tidak mampu untuk menyaingi kos yang meningkat termasuk harga rumah, bahan mentah, bahan masakan serta keperluan harian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung ke-14  Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Air Perak, hari ini.

Azih berkata, disebabkan faktor itu, kerajaan diharapkan dapat mempertimbangkan  semula elaun lapuk penjawat awam yang lebih 12 tahun tidak dikaji walaupun beberapa kali belanjawan dibentangkan.
Powered by Blogger.