F Kenapa Johan As’ari Mendiamkan Diri Selama 2 Tahun? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kenapa Johan As’ari Mendiamkan Diri Selama 2 Tahun?


Dahulu pelakon ini pernah dikaitkan dengan kisah cintanya bersama beberapa artis wanita, tapi sayang hubungan mereka tidak berjaya. Nak buat macam mana bukan jodoh kan.

Saat itu Kakigosip melihat perkembangan Johan As'ari lebih mendekatkan diri dengan pengajian agama. Malah selepas dua tahun Johan kini dilihat begitu tenang dengan kehidupan sekarang.

“Dua tahun saya mendiamkan diri kerana mahu bermuhasabah  dan mendewasakan diri saya. Saya akui kegagalan dalam perhubungan lalu kerana saya tidak matang lagi. Dalam sesebuah perhubungan, andai individu itu matang sudah pasti hubungan itu tidak putus.

“Jika ada yang menerima seadanya selepas ini saya akan berpesan kepada dirinya, harap dia dapat bersabar. Sementara itu buat peminat saya, saya tidak akan berahsia sekiranya sudah ada kekasih,” ujarnya ketika ditemui malam gala sekuel filem Juvana yang terakhir.

Menyentuh perkembangan kerjayanya pula, Johan memberitahu dia sudah bersedia untuk fokus kepada watak yang lebih ganas.

“Selepas mendapat kepercayaan daripada pengarah dengan membawa watak yang baik-baik, kini saya merasakan sudah sampai masanya untuk saya zahirkan pula bakat saya untuk berlakon dalam watak antagonis.

“Dalam masa lima tahun ini dan bermula dengan Juvana Satu saya sudah belajar bermain dengan watak ganas, malah mendapat tunjuk ajar daripada rakan artis lain seperti Zahiril Adzim dan ramai lagi. Jadi, saya percaya selepas ini saya kalau dapat peluang bawa watak antagonis saya akan warnai dunia hiburan ini,” jelasnya.
Powered by Blogger.