F Kenalan Lelaki Ajak Maya Jalin Hubungan Lebih Serius | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kenalan Lelaki Ajak Maya Jalin Hubungan Lebih Serius

Aktres jelita, Maya Karin mendedahkan dirinya 'dilamar' seorang jejaka yang mahu menjadikannya teman istimewa.

Memetik laporan BH online, dia mula mengenali dan berkawan dengan lelaki tersebut sejak Januari lalu. Namun bintang filem Jwanita ini enggan berkongsi lanjut mengenainya.

"Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius.

"Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri," katanya.

"Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan," katanya.

Katanya, beliau selesa dan tidak pun mempunyai sebarang masalah menjalani kehidupan sendirian. Begitupun, wanita berusia 36 tahun ini tidak menolak andai dirinya dipertemukan dengan lelaki yang sesuai dengannya suatu hari nanti.

Terdahulu, Maya pernah mendirikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah, pada 2008, namun berakhir dua tahun kemudian.

Sementara itu, Maya bakal bersaing merebut gelaran Pelakon Wanita Terbaik ketiga buat dirinya pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 yang akan mencapai kemuncaknya Sabtu ini. Pada festival kali ini, Maya dicalonkan dalam kategori terbabit menerusi dua filem, masing-masing Jwanita dan Nota.
Powered by Blogger.