F Keluarga Azwan Kombos & Ezzaty Harap Dapat Timang Cucu Segera | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Keluarga Azwan Kombos & Ezzaty Harap Dapat Timang Cucu Segera


Ibu bapa mana yang tidak sabar untuk menantikan kehadiran cucu apabila anak mereka sudah selamat disatukan. Jadi, itulah yang diharapkan oleh kedua-dua keluarga pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah.

“Keluarga kami berharap dapat menimang cucu secepatnya, terutamanya daripada ibu bapa Ezzaty. Malah tidak saya nafikan juga bahawa kami berdua juga inginkan cahaya mata secepat mungkin. Cuma sekarang belum ada rezeki lagi.

“Macam mana kuat perasaan kita mahukan anak itu, kalau belum diberikan rezeki, kita kena redalah. Cuma sekarang, banyak bertanya kepada diri sendiri, adakah diri sudah bersedia atau pun tidak. Tanggungjawab besar.

“Tapi moralnya, kita sepatutnya tidak perlu terlalu memikirkannya, sebab jika kita terlalu mahukan sesuatu tu, tapi belum boleh diberikan sebagai rezeki, ia akan mengakibatkan tekanan. Dan tekanan tidak baik untuk kehidupan seharian, juga kesihatan,” jelasnya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan kerjaya pula, Azwan juga terlibat berlakon sama dalam filem ‘Juvana: Perhitungan Terakhir’. Menerusi filem itu Azwan memegang watak Dr Nazim. Katanya watak itu agak berlainan sedikit dengan watak yang biasa dilakonkannya.

“Watak itu tidak memerlukan kekuatan fizikal seperti watak lain dalam Juvana. Hanya perubahan mental dan saiz badan.  Cuma, adegan lagak ngeri terakhir untuk watak saya dilakukan sendiri oleh saya, walaupun telah dinasihati oleh produksi untuk menggunakan ‘body double’. Tapi saya berkeras untuk melakukan sendiri. Mujur tidak ada apa-apa yang memudaratkan berlaku,” terangnya.
Powered by Blogger.