F Kekasih G-Dragon Disyaki Jalin Hubungan Sulit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kekasih G-Dragon Disyaki Jalin Hubungan Sulit

Hanya beberapa hari selepas kekecohan berita keintiman G-Dragon dan kekasihnya, Komatsu Nana sekaligus menjadi bualan hangat ramai, terkini laporan media Jepun menyebut aktres dan model Jepun itu mempunyai hubungan sulit dengan Masaki Suda.

Hubungan mereka dikatakan menjadi rapat selepas sama-sama terlibat untuk filem berjudul Drowning Love. Ramai peminat Jepun berasa hairan apabila tersebar khabar bahawa Nana dan G-Dragon bercinta sedangkan wanita itu diketahui menjalin hubungan intim dengan Masaki.

Lantas timbul dakwaan mengatakan Komatsu Nana mungkin menjalinkan hubungan dengan dua lelaki, dalam satu masa.

Pada 19 September lalu, laporan media menyebut akaun Instagram peribadi milik penyanyi G-Dragon yang menggunakan profil nama @peaceminusone telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga membolehkan ia di akses secara terbuka.

Lebih membuatkan bintang hallyu itu tambah berang kerana gambar intimnya bersama Komatsu Nana yang dimuat naik sejak Julai lalu menerusi akaun berkenaan tersebar. Sejak itu banyak pihak tertanya-tanya sekaligus mendakwa mereka bercinta.

Spekulasi tambah kukuh apabila rakan baik G-Dragon, Taeyang pernah meninggalkan komen pada salah satu gambar tersebut;

"Ayuh kita tulis lagu. Tajuknya adalah 'Lovers'. Komen berkenaan seolah-olah memberi gambaran memang benar G-Dragon dan Komatsu Nana punya hubungan istimewa.

Bagaimanapun akaun berkenaan telah pun dipadam oleh G-Dragon selepas mengetahui ia digodam.
Powered by Blogger.