F Katy Perry Mahu Taylor Swift Minta Maaf | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Katy Perry Mahu Taylor Swift Minta Maaf

Hubungan Katy Perry dan Taylor Swift dikhabarkan dingin sejak beberapa bulan lalu dan sehingga kini kedua-dua bintang terkenal dunia itu belum lagi berdamai.

Laporan media antarabangsa menyebut, Katy bagaimanapun tidak menutup ruang buat pelantun lagu hits Blank Space itu memohon maaf sekaligus menjernihkan kembali hubungan persahabatan mereka.

Baru-baru ini, Katy menjawab pertanyaan salah seorang peminatnya menerusi Twitter. Peminat tersebut bertanya sama ada dia mahu berkolaborasi dengan Taylor.

"Kalau dia mahu minta maaf, tentu saja!" jawab kekasih Orlando Bloom itu. Jawapan tersebut mendapat respon re-tweet lebih 15,000 pengikutnya.

'Peperangan' antara Katy dan Taylor bermula apabila Taylor mendakwa Katy kononnya ingin menggagalkan konsertnya dengan bertindak 'merebut' beberapa orang penarinya.

Semenjak itu, kedua-dua selebriti itu tidak lagi saling berinteraksi.

Powered by Blogger.