F Karier seni tetap keutamaan Ayu Damit | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Karier seni tetap keutamaan Ayu Damit

NAMA juara One In A Million, Ayu Damit atau nama penuhnya Norayu Damit, 26, suatu ketika dahulu cukup dikenali ramai.

Biarpun karier seninya tidak serancak dulu, namun tidak pernah sekali pun anak kelahiran Sabah ini melupakan karier nyanyiannya.

Bagaimanapun menerusi satu temu bual bersama MH, Ayu memberitahu bahawa dia kini sibuk dengan kerjaya terkininya iaitu sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigrasi.

Perusahaan tersebut diusahakan bersama suami, Syed Fauzi Syed Baharuddin dengan kerjasama syarikat Enigma Agro Farm.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Ayu Damit menjelaskan bahawa ia merupakan perusahaan jangka panjang, apatah lagi perusahaan yang berasaskan pertanian ini mempunyai permintaan yang besar.

“Alhamdulillah, perusahaan yang kami jalankan sejak awal tahun lalu ini berjalan dengan lancar. Pada peringkat awal saya ingat ia adalah suatu yang senang. Namun adalah sebaliknya kerana pertanian yang dijalankan secara fertigrasi ini juga punya cabarannya yang tersendiri.

“Jadi untuk memastikan kualiti hasil tanaman, kami telah melakukan kajian bersama pakar dalam pertanian jenis ini selama tiga hingga empat bulan sebelum berani menjalankan projek berkenaan.”

“Lada adalah tanaman bersifat komersial. Jadi kerana itulah kami sepakat untuk melakukan perusahaan ini dan syukur setelah hampir beberapa bulan selepas itu, kami mulai dapat melihat hasilnya yang positif,” katanya.

Biarpun sibuk dengan perniagaan, Ayu Damit berkongsi, dia juga dalam masa sama, giat mencari single terbaru untuk dirakamkan.

Pun demikian, dia mahukan lagu baharunya sebaik lagu hitsnya, Hanya Di Mercu. Untuk rekod, ia merupakan single sulungnya selepas menjadi juara dalam rancangan One In A Million pada tahun 2007.

“Saya akui bukan mudah untuk mencari lagu yang bagus dan sesuai dengan suara kita. Apa pun saya tetap sabar mencari. Siapa tahu pada masa akan datang tuah akan menyebelahi dan lagu tersebut mampu untuk menyaingi populariti lagu Hanya Di Mercu, Insya-ALLAH.

“Saya bermula dengan menyanyi dan pastinya tiada istilah bersara buat saya. Undangan nyanyian masih lagi ada. Cuma mungkin peminat mungkin jarang lihat saya di kaca TV kerana ketiadaan lagu baru,” ujarnya lagi.
Powered by Blogger.