F Kangin (Super Junior) Didenda RM25,600 Kerana Memandu Ketika Mabuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kangin (Super Junior) Didenda RM25,600 Kerana Memandu Ketika Mabuk

PENYANYI Kangin dikenakan denda sebanyak USD6,400 (RM25,600) oleh mahkamah di Seoul selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk pada 24 Mei lalu.

Soompi melaporkan mahkamah membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira kerosakan harta benda awam disebabkan kejadian itu walaupun ia tidak melibatkan kecederaan orang awam.

"Kejadian itu sudah cukup untuk membuatkan kelancaran trafik terganggu selain beberapa barang awam rosak akibat kemalangan yang berlaku.

"Bagaimanapun syukur kerana ia tidak melibatkan sebarang kemalangan melibatkan orang awam namun dendan itu dibuat sebagai kesedaran kepadanya dan masyarakat umum," kata Hakim Uhm Cheol ketika membaca keputusan tersebut.


Ketika kejadian, Kangin dilaporkan memandu dalam keadaan mabuk sebelum melanggar lampu isyarat dan melanggar sebuah kedai serbaguna.

Dia kemudiannya menyerah diri kepada pihak polis dan mengakui dalam keadaan mabuk ketika memandu.

Anggota kumpulan Super Junior itu juga pada tahun 2009 pernah ditahan kerana kesalahan sama.

Powered by Blogger.