F "Kalau Orang Bercerita, Maknanya Mereka Ambil Peduli" | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Kalau Orang Bercerita, Maknanya Mereka Ambil Peduli"

Meskipun masih baru dalam dunia lakonan namun nama Ruhainies bukan lagi asing dikalangan peminat. Tahun ini saja, satu persatu cerita ‘panas’ tentang diri menjadi bahan utama di internet mahupun dalam kalangan peminat.

Bermula dengan isu perang dingin dengan seorang rakan artis, sehinggalah muncul isu penyebaran video dan gambarnya yang dirangkul mesra oleh suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red, tersebar di internet.

Biarpun dilabelkan 'ratu kontroversi' namun pemilik Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24 tidak cepat melatah.

"Setiap yang negatif saya ambil sebagai pengajaran untuk mematangkan diri mendepani hari-hari mendatang. Apapun, cuma saya yang tahu tentang diri sendiri. Orang boleh bercakap apa sahaja tetapi yang lebih mengetahui hanya diri sendiri.

"Kalau orang bercerita, maknanya mereka ambil berat dan peduli tentang saya. Saya tidak perlu marah sebab yakin, masyarakat hanya ingin tahu perkara tersebut, sebab itu ia menjadi panjang dan berlarutan.

"Namun, setiap perkara yang datang, baik negatif atau positif, saya terima dengan hati terbuka. Selepas kontroversi tempoh hari, saya mahu lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara kerana bimbang akan mengundang cerita negatif sekali lagi," kata pelakon Hello Mr. Perfect ini seperti yang dilaporkan Kosmo!
Powered by Blogger.