F Kaka Azraff minat berlakon seram | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kaka Azraff minat berlakon seram


Penyanyi bertubuh genit, Kaka Azraff memberitahu selain minat menyanyi dia juga ada menyimpan hasrat untuk berlakon cerita seram.

Berpeluang berlakon cerita seram menerusi filem Aliff Dalam 7 Dimensi (AD7D), Kaka berkata, dia amat berpuas hati setelah melihat lakonannya itu.

"Aksi saya melompat dan duduk di kepala Juliana memang betul-betul dilakonkan. Tetapi segala pergerakkan saya itu dibantu oleh 'harness' (tali keselamatan). Dalam melakonkan babak itu ada jugalah beberapa kali luka di tangan.

"Saya memang suka sebenarnya melakonkan watak itu, malah berpuas hati setelah dapat menonton filem itu secara keseluruhan. Masa kecil saya memang suka sangat mengusik adik-beradik saya, contohnya macam saya kena rasuk. Jadi inilah hasilnya, saya berpeluang untuk mempersembahkan bakat saya.

"Meskipun berlakon cerita seram, saya tidak buat rujukan pada mana-mana filem ataupun drama seram sebab saya dan Juliana jika diikutkan memang suka menonton filem genre sebegitu. Jadi, tidaklah kekok untuk saya melakonkan babak saya. Hanya bermain dengan imaginasi sahaja," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Wah, hebatnya Kaka, bukan sahaja pandai menyanyi, malah berbakat besar rupanya dalam bidang lakonan.
Powered by Blogger.