F Kajol buka akaun Facebook pula | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kajol buka akaun Facebook pula



PELAKON popular Bollywood, Kajol kini dilaporkan mempunyai akaun laman sosial, Facebook rasmi miliknya, Kajol Devgan.

Sebelum ini, walaupun Kajol mempunyai akaun rasmi Twitter dan Instagram, pelakon tersohor itu tidak pernah memiliki sebarang akaun Facebook.

Difahamkan, pelakon berusia 42 tahun itu juga telah melancarkan akaun rasmi miliknya selepas mengadakan lawatan di ibu pejabat Facebook yang terletak di San Francisco pada Jumaat lalu bersama suaminya, Ajay Devgan.

Dalam pada itu, pasangan tersebut kini berada di Amerika Syarikat bagi mempromosikan filem arahan terbaru Ajay, Shivaay.

Selama ini, kelab peminat Kajol telah mengambil bahagian secara aktif bagi membuat sebarang hebahan berhubung pelakon tersebut namun kini para peminat akan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah melalui akaun Facebook berkenaan.

Kajol telah melakukan kemas kini status pertamanya dengan memuat naik videonya di dalam kereta dipercayai selepas mengadakan pertemuan di ibu pejabat Facebook tersebut.

Sehingga kini, laman Facebook rasmi milik bintang Dilwale tersebut telah menerima lebih daripada 1.3 juta ‘like’.
Powered by Blogger.