F Jim Carrie Dakwa Tuntutan Saman Tidak Berhati Perut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jim Carrie Dakwa Tuntutan Saman Tidak Berhati Perut

Aktor Jim Carrey menganggap tuntutan saman oleh suami bekas teman wanitanya sebagai tindakan tidak berhati perut dan suatu percubaan mengambil kesempatan terhadapnya.

"Memang amat memalukan. Lebih mudah jika saya dapat bertemu dengan peguam lelaki itu dan menyelesaikan masalah, tetapi ada ketika dalam hidup ini anda perlu pertahankan maruah diri bila menghadapi kejahatan di dunia ini" kata Carrey dalam satu kenyataan, semalam.

"Saya tidak akan bertolak ansur dalam sebarang cubaan untuk mengeksploitasi saya atau wanita yang pernah saya cintai," kata Carrey.

Mark Burton menyaman Carrey kelmarin atas dakwaan membekalkan ubat preskripsi kepada Cathriona White secara haram sehingga menyebabkan kematiannya.

Burton memfailkan tuntutan 'menyebabkan kematian' di Mahkamah Agung Los Angeles, mendakwa Carrey, 54, menggunakan kekayaan dan status selebriti untuk mendapat dan mengagihkan bahan terkawal yang menyebabkan ketagihan dan boleh membawa maut.

White, 30, seorang jurusolek artis kelahiran Ireland, ditemui mati di pangsapurinya di Los Angeles pada September 2015, dipercayai membunuh diri.
Powered by Blogger.