F Jennifer Aniston Anggap Perceraian Jolie & Pitt Karma | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jennifer Aniston Anggap Perceraian Jolie & Pitt Karma

Nama Jennifer Aniston tiba-tiba menjadi trending setelah khabar perceraian pasangan romantik Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt tersebar.

Tambahan, netizen juga mula tertanya bagaimana reaksi aktres ini mengenai berita perceraian bekas suaminya itu.

Seperti yang diketahui, Jennifer dan Pitt pernah berkahwin pada 2000 dan bercerai lima tahun kemudian.

Tak lama kemudian, aktor berusia 52 tahun itu menjalin asmara dengan Angelina Jolie dan bibit percintaan pasangan itu dikatakan bermula ketika mereka bergandingan menerusi filem Mr. & Mrs. Smith.

Disebabkan tempoh antara perceraian dan jalinan asmara Jolie dan Pitt dirasakan terlalu cepat, timbul pula spekulasi mendakwa Pitt bermain kayu tiga hingga menyebabkan rumah tangganya dengan Aniston musnah.

Sementara mengenai khabar perceraian Jolie dan Pitt, Jennifer dikhabarkan sudah pun mengetahui berita itu.

Menurut sumber, isteri kepada Justin Theroux itu menganggap apa yang berlaku antara Jolie dan Pitt adalah karma.

"Jennifer agak puas dengan perpisahan Jolie dan Pitt. Ia menyebutnya sebagai karma," ungkap sumber seperti dilaporkan Mirror.

Powered by Blogger.