F Janna Nick Lebih Tenang Tanpa Kontroversi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Janna Nick Lebih Tenang Tanpa Kontroversi


Walaupun adakalanya orang kata kontroversi atau gosip itu adalah salah satu cara untuk meraih populariti dalam lapangan seni. Namun tidak pada heroin Kau Aku Kita, Janna Nick.

Bagi Janna yang pernah terpalit dengan kontroversi salah faham dengan seorang aktres bernama Ruhainies, dia kini lebih tenang kerana sudah bersih daripada berita yang tidak enak didengar mengenainya.

"Alhamdulillah saya rasa seronoklah sebab sudah tidak ada lagi kontroversi. Sebab pada saya kontroversi bukan salah satu cara ataupun strategi untuk naikkan nama saya.

"Jadi bila sudah tidak ada saya lebih tenang dan tidak ada juga soalan-soalan yang tidak menyedapkan hati. Secara tak langsung saya dapat bekerja dengan lebih tenang," jelas Janna ketika dihubungi semalam.

Alhamdulillah, baguslah kalau itu kata Janna. Bila mana bekerja dalam keadaan yang mengganggu susah pula nak fokus kerja nanti. Kesihatan pula nanti terjejas.

Kakigosip ucapkan semoga Janna terus tabah dan sukses dalam mengharungi cabaran sebagai pendatang baru.
Powered by Blogger.