F "Itu Semua Fitnah" - Anis Al Idrus | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Itu Semua Fitnah" - Anis Al Idrus

Pelakon dan model, Anis Al-Idrus menegaskan dakwaan beliau dan Raja Afiq sudah berpisah seperti disebarkan pihak tidak bertanggungjawab baru-baru ini adalah fitnah semata-mata.

Memetik laporan BH online, Anis atau nama penuhnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, mengakui terkejut apabila perkara itu dijadikan bahan gosip sedangkan mereka masih lagi pasangan kekasih.

"Cerita (putus) itu tidak benar. Terkejut dibuatnya. Saya baru saja pulang dari kampung di Kelantan bersempena dengan cuti Raya Haji, tiba-tiba timbul pula khabar angin seperti ini.

"Itu semua fitnah. Saya hairan siapa yang menyampaikan cerita yang tidak betul itu. Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan perhubungan kami.

"Cuma yang saya tahu, pengikut Instagram saya sering bertanya kenapa saya tidak memuat naik gambar sejak dua hari lalu," katanya mengulas dakwaan kononnya hubungan cinta beliau dan Raja Afiq ibarat retak menanti belah.

Sebelum ini, media melaporkan Raja Afiq,menegaskan faktor kesibukan kerja dan kurang berjumpa Anis menjadi punca perhubungan mereka dikatakan sudah berakhir.
Powered by Blogger.