F Isu Putus Cinta Dengan Anis Ini Respon Raja Afiq | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Putus Cinta Dengan Anis Ini Respon Raja Afiq


Kisah cinta antara pelakon Raja Afiq dan Anis Al-Idrus nampaknya menjadi topik pilihan orang ramai. Mana tidaknya, ramai yang terkejut, baru bercinta sudah putuskah?

Selepas Anis menyatakan perkara sebenar, namun masih lagi ada yang mengatakan hubungan mereka ini sudah terputus di tengah jalan.

Oleh itu, tidak mahu perkara ini terus menjadi tanda tanya, Kakigosip dapatkan juga hero drama Sayangku Kapten Mukhriz.

"Sebelum ini Anis pun sudah terangkan dan bagi saya kami pun masih lagi macam biasa, tiada apa yang berlaku. Jadi cerita orang kata kami sudah putus, tak adalah, kami masih lagi berhubung.

"Namun macam yang pernah saya katakan dulu, saya mahu berikan tumpuan sepenuhnya dalam karier saya. Begitu juga dengan Anis, kami masing-masing sibuk. Jadi mungkin itulah orang ingat kami berdua sudah tak ada apa-apa," terang Afiq.

Kalau sudah jodoh pasti tak ke mana pun. Jangan bimbang, kalau anda semua sayang mereka sama-samalah kita doakan agar hubungan Afiq dan Anis kekal hingga ke jenjang pelamin.
Powered by Blogger.