F Isu Gambar Bogel: Atikah Ikut Nasihat Ibu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Gambar Bogel: Atikah Ikut Nasihat Ibu

Pelakon Atikah Suhaime menegaskan gambar bogel yang tersebar sejak beberapa minggu lalu sekaligus mencetuskan kontroversi itu, bukanlah dirinya.

Memetik laporan mStar online, pelakon yang berasal dari Singapura berkata dia tidak melihat gambar kontroversi itu yang turut mengaitkan pelakon Idris Khan.

"Itu bukan saya, saya langsung tidak lihat gambar tersebut. Hanya ibu saya sahaja yang lihat.

"Ibu menasihatkan saya agar bersabar sahaja," ujarnya.

Tambahnya, dia menyerahkan urusan bagi membuat laporan polis kepada pihak pengurusannya MIG Talent selain mereka mahu menyiasat dalang disebalik penyebaran gambar berkenaan.

"Saya tidak boleh cakap banyak cakap tentang perkara ini dan akan menyerahkan kepada syarikat pengurus untuk menyiasatnya," tuturnya.

Pada 11 September lalu, dunia hiburan tanah air kembali digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar bogel yang memaparkan wajah mirip Atikah dan Idris hangat diperkatakan selepas ia tersebar di laman sesawang.

Tahun lalu kedua-dua mereka menafikan mengenai perkara itu yang turut mengaitkan pelakon Ammar Alfian dengan foto itu.
Powered by Blogger.