F Isu Foto Bogel Tak Gugat Tawaran Berlakon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Foto Bogel Tak Gugat Tawaran Berlakon

Meskipun dikaitkan dengan isu berhubung penyebaran foto bogel mirip wajahnya, namun pelakon Idris Khan mengakui kontroversi itu sedikit pun tidak menjejaskan kerjaya dia sebagai pelakon.

Memetik laporan mStar online, Idirs atau Idris Khan Abdul Ghaffar, 28, berkata rezekinya dalam bidang lakonan semakin bertambah dan perjalanan kariernya juga berjalan seperti biasa.

"Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah dan karier berjalan seperti biasa," katanya yang kini sibuk dengan penerbitan filem sulung dibawah syarikatnya berjudul KL Wangan..

Tambah Idris, isu berkenaan ditanggani dengan sebaik mungkin dan perkara itu sudah diserahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu , dia sudah dinasihatkan oleh peguamnya agar tidak memberi sebarang komen berhubung isu itu kerana ia dalam siasatan.

"Peguam saya menasihatkan agar tidak memberikan sebarang kenyataan sebab ia dalam siasatan sekarang ini," katanya.
Powered by Blogger.