F Isteri tak dapat tidur malam gara-gara Izzue meracau | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri tak dapat tidur malam gara-gara Izzue meracau


Pelakon Izzue Islam mengakui bahawa dia mengalami mimpi pelik dan mengigau beberapa kali gara-gara berlakon di dalam filem Aliff Dalam 7 Dimensi (AD7D).  Ini kerana wataknya sangat berat iaitu sebagai seseorang yang mempunyai kuasa luar biasa iaitu dapat melihat alam ghaib.

"Artis lain pun ada alami gangguan.  Tapi bagi saya pula, menurut isteri, saya beberapa kali bercakap ketika sedang tidur.

"Mungkin kerana saya telah menjalani penggambaran dalam tempoh yang agak lama sehinggakan badan saya terlalu letih," ujarnya.

Kakigosip sempat menemubual isteri Izzue, Awin Nurin, bagi mengulas lanjut berkenaan suaminya itu.

"Ketika dia sedang tidur tiba-tiba dia menjerit Allahuakbar. Jadi kita yang dekat sebelah ini pun rasa terkejutlah dan berasa hairan. Kalau dah dua tiga kali mengigau, adalah sesuatu tu.

"Izzue ini sebenarnya ada satu sikap yang bila menjalani penggambaran di satu kawasan yang 'benda' itu ada, dia akan terbawa balik 'benda' itu.

"Begitu juga baru-baru ini di Kelantan, shooting di satu kawasan keras kawasan kemalangan. Bila balik hotel dan ketika tidur, dia mengigau bukan-bukan sampaikan saya takut nak buka mata, tapi nak tak kenalah bangun dan kejutkan dia," katanya.
Powered by Blogger.