F Isteri, perempuan simpanan mengamuk di hospital | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri, perempuan simpanan mengamuk di hospital

SEORANG suami mendapat pengajaran dengan cara paling memalukan apabila isteri dan perempuan simpanannya melawatnya serentak di hospital.

Seorang pelayar laman sosial yang mendakwa dirinya seorang jururawat telah memuat naik rakaman tersebut ke YouTube semalam.

Dalam video berdurasi 2 minit itu, dua wanita dilihat saling menarik rambut dan bergelut.

Seorang lelaki yang memakai pakaian pesakit hospital dipercayai suami salah seorang wanita terbabit kemudian cuba meleraikan pergaduhan itu.

Walaupun pergelutan berjaya dileraikan, salah seorang wanita itu mula mengambil peralatan dan barangan hospital untuk dibaling ke arah wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya.

Video tersebut yang telah ditonton berpuluh ribu pelayar bagaimanapun hanya menimbulkan rasa geli hati di kalangan mereka yang menonton.

Lokasi sebenar kejadian gagal diketahui.
Powered by Blogger.