F Imigresen siasat dakwaan pegawai biadab | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Imigresen siasat dakwaan pegawai biadab

 Jabatan Imigresen Malaysia telah diarahkan membuat siasatan atas dakwaan pegawainya biadab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

“Saya dimaklumkan kejadian itu malam tadi dan telah mengeluarkan arahan agar tindakan segera diambil untuk menyiasat isu tersebut,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp.

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang wanita menggunakan nama Facebook, Gillian Benjamin mendakwa ibu dan bapanya telah menerima layanan buruk daripada seorang pegawai wanita di KLIA.

Status Gillian itu kini telah dikongsi hampir 1,000 kali selepas ia dimuat naik, petang semalam.

Kejadian itu didakwanya berlaku petang semalam, kira-kira jam 5.30 petang selepas mendarat di KLIA dan berurusan di kaunter Imigresen bersama ibunya yang OKU dan bapanya serta seorang lagi rakan.
Powered by Blogger.