F Ikhwan Tunggu Bapa Kekasih Pulang Dari Mekah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ikhwan Tunggu Bapa Kekasih Pulang Dari Mekah

Penyampai radio, Ikhwan merancang untuk menikahi kekasihnya yang dikenali sebagai Hidayu selepas bapa wanita itu pulang daripada mengerjakan ibadah Haji.

Memetik laporan mStar online, Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan, 33, berkata, dia mahu berkahwin secepat mungkin dan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

"Saya sudah bersedia untuk berumah tangga dan berhasrat untuk memperisterikan Hidayu secepat mungkin.

"Bagaimanapun bagi menghormati bapanya, saya akan meminta kebenaran dan restu daripada keluarga dan bapanya sebelum merancang hal-hal lain.

"Insya-Allah, jika tiada sebarang halangan kami akan berkahwin secepat mungkin," katanya.

Tambah Ikhwan, walaupun mereka baharu lima bulan bercinta namun ia bukan penghalang untuk mereka berkahwin kerana paling penting persefahaman dan percaya antara satu sama lain.

"Saya pernah dua kali putus tunang dan kalau boleh tidak mahu bercinta lama-lama dan paling penting kami bersedia," ujarnya.

Dalam pada itu, Ikhwan berkata, dia tidak pernah melihat status Hidayu yang juga seorang ibu tunggal beranak satu sebagai penghalang untuk mereka bersama.

Malah keluarganya juga tidak pernah menghalang kerana bapa dia sendiri berkahwin dengan ibunya yang juga seorang ibu tunggal beranak tiga.
Powered by Blogger.