F Ifa Raziah Mahu Tembus Pasaran Australia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ifa Raziah Mahu Tembus Pasaran Australia


Memang tepatlah artis kita seorang ni dapat gelaran artis versatil. Sebab dia bukan sekadar boleh berlakon dan mengacara, malah boleh menyanyi pelbagai genre. Siapa lagi kalau bukan Ifa Raziah.

Meskipun orang ramai lebih mengenali Ifa sebagai ikon dangdut, terbaru Ifa telah membuktikan dia juga boleh menyanyi irama genre selain dangdut.

Semalam, merupakan hari pelancaran single terbarunya berjudul Terus Terang ciptaan Dj Fuzz dan penampilan khas bersama kumpulan Lawa Nie Geng sebagai rap dalam singlenya.

"Syukur alhamdulillah, lagu ini dicipta oleh komposer tersohor DJ FUzz, label Sony Music Malaysia. Ifa berharap agar lagu terbaru saya ini dapat menembusi hati anda semua. Semoga apa yang dirancangkan akan dipermudahkan," katanya.

Ditanya mengenai proses pembikinan lagu terbarunya, menurut Ifa dia terpaksa rekod dua kali gara-gara tidak berpuas hati.

"Citarasa lagu ini daripada saya juga dan selebihnya saya serahkan kepada DJ Fuzz untuk uruskan. Tetapi dua kali jugalah saya rekod sebab tidak berpuas hati. Sebab susunan muzik kurang kena. Namun saya bersyukur juga, akhirnya inilah hasilnya," terang Ifa yang bakal mempromosikan lagunya ke pasaran luar negara.

Kelas Ifa! Semoga terus sukses dengan lebih banyak pencapaian di masa akan datang. Dengarnya akan ke Indonesia dan ke Australia juga tu.

"Betul, lagu ini akan dipasarkan ke Indonesia dan saya akan berduet dengan penyanyi dari sana.  Selain itu, ada juga perancangan untuk bawa lagu ini ke Perth, Australia.  Dinyanyikan dalam versi bahasa Inggeris dan berduet pula dengan penyanyi sana.  InsyaAllah harap-haraplah perancangan ini berjalan lancar," jelas Ifa lagi.
Powered by Blogger.