F Ifa Raziah Jelaskan Sebab Enggan Maklumkan Dapat Anugerah Datuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ifa Raziah Jelaskan Sebab Enggan Maklumkan Dapat Anugerah Datuk


Lazimnya apabila seseorang selebriti itu telah menerima penganugerahan tertentu, nilai harga mereka untuk dibayar bagi sesebuah khidmat seperti berlakon, menyanyi, dan model akan naik.

Pun begitu, bintang dangdut dan juga pelakon iaitu Ifa Raziah memberitahu sebenarnya dia lebih selesa untuk mengambil langkah merahsiakan identiti yang diterimanya itu. Ini kerana terdapat beberapa faktor tertentu.

"Fasal harga itulah antara sebab-sebabnya saya tak mahu beritahu sudah dapat gelaran Datuk.

"Jadi yang pertama, orang akan cakap harga akan jadi mahal. Kemudian nanti mesti ada yang mengatakan, sudah dapat Datuk takkan nak berlakon dan menyanyi lagi.

"Seterusnya, bila sudah membawa gelaran itu, semasa buat persembahan, kita kena kawal untuk menjaga imej diri agar nampak ada standard. Lecehlah macam itu," terang Ifa.

Terdahulu aktres versatil itu juga turut menyatakan Saripah Raziah (Ifa Raziah) hanya akan menggunakan gelaran tersebut ketika menghadiri ke majlis rasmi sahaja.
Powered by Blogger.