F Iesya Gementar Bersalin Anak Sulung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Iesya Gementar Bersalin Anak Sulung


Personaliti RTM iaitu Iesya Toh yang dijangka bersalin penghujung November depan, mengakui agak gementar kerana bimbang akan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Pun begitu, Iesya yang kini hamil tujuh bulan berkata, dia akan berserah segala ketentuan kepada yang Maha Esa.

"Saya berharap agar segala proses nanti berjalan dengan lancar dan dapat bersalin secara normal.

"Lebih-lebih lagi saat ini viral dengan cerita virus zika. Tapi saya selalu berdoa, mengaji dan berzikir, InsyaAllah," katanya yang bakal melahirkan anak lelaki.

Iesya ditemui ketika mengacarakan majlis pelancaran payung 'Pacak Payung' oleh Padi Academy. Pacak Payung ini juga, merupakan sebuah idea baru bagi memasarkan payung dengan #jangancakapabangtakpayung dan #jangancakapakaktakpayung.

Mengulas lanjut, pengacara Selamat Pagi Malaysia memberitahu, dia juga tidak mengalami sebarang alahan sejak hamil sehingga kini.

"Alhamdulillah dari awal kehamilan saya sampailah sekarang saya tidak alami sebarang alahan ataupun 'morning sickness'," jelasnya ringkas.

Untuk rekod Iesya dan suami Huzairee Muhamad selamat disatukan pada awal Mei 2015.
Powered by Blogger.