F Hilang 1.2 juta Pengikut, Nabil Tertekan Akaun Instagram Digodam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hilang 1.2 juta Pengikut, Nabil Tertekan Akaun Instagram Digodam

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kehilangan 1.2 juta pengikut di laman sosial Instagram apabila akaun yang dikongsi bersama isterinya, Nazirah Ayub atau Zira digodam, sejak petang semalam.

Nabil berkata keadaan itu memberikan tekanan memandangkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan.

"Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami.

"Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira.

"Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Terdahulu beberapa selebriti popular tempatan seperti Jihan Muse dan Emma Maembong pernah meluahkan kekesalan dengan sikap tidak bertanggungjawab pembuli siber yang menggodam akaun Instagram mereka.
Powered by Blogger.