F Hebat Datuk Rosyam Nor Bakal Berjalan Sejauh 47.2KM Demi World #QuranHour | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hebat Datuk Rosyam Nor Bakal Berjalan Sejauh 47.2KM Demi World #QuranHour


Wow ini benar-benar sejarah ni.  Datuk Rosyam Nor bakal berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer dari Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam sehinggalah ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Gombak.  Hebat memang hebat.

"Fasal persiapan untuk program itu sebenarnya tak ada sangat cuma saya hanya perlu dapatkan tidur yang cukup. Macam hari ini, saya kena makan banyak untuk tambahkan tenaga hari esok.

"Acara esok kiranya dalam sejarah saya kerana buat pertama kalinya saya akan berjalan sejauh itu. Walk for World #QuranHour juga bertujuan untuk mempromosikan program World #QuranHour yang akan dijadualkan pada jam 9 pagi Sabtu ini (11 September)," jelasnya ketika dihubungi pagi tadi.

Untuk info, pelaksanaan program perdana World #QuranHour bakal berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula jam 9 pagi mengikuti waktu Arafah.

Jadi esok jangan lupa kalau nampak Datuk Rosyam jalan kaki, jangan terkejut pulak.  Kita sama-sama ambil gambar dan hashtag World #QuranHour.

Semoga perjalanan Datuk Rosyam dan krew dipermudahkan.  Amin.
Powered by Blogger.