F Hati-hati sokong sesuatu atas nama Islam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hati-hati sokong sesuatu atas nama Islam

Orang ramai perlu berhati-hati sebelum menyokong mana-mana perkara atas nama Islam kerana bimbang ia menjurus ke arah yang salah.

Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebelum menyokong apa-apa perkara, penelitian perlu dilakukan untuk pemahaman sepenuhnya.

“Jika semua yang diberikan nama Islam ataupun kononnya ke arah perlaksanaan Islam itu kita disuruh sokong tanpa meneliti kesannya secara mendalam, maka dibimbangi nanti ramai yang menyokong Daesh.

“Berhati-hati dalam menyokong sesuatu atas nama Islam. Asalkan nama Islam dan mahu melaksanakan Islam lantas kita sokong, maka dibimbangi musnahlah kemanusiaan dan agama.

“Sebelum menyokong kita wajib bertanya, apakah versi Islam yang hendak dilaksanakan itu? Di tangan siapakah perlaksanaan itu akan diberikan?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu pendapatnya itu susulan pada zaman ini ada pelbagai versi jenama Islam.

“Jenama Islam yang telah dimanipulasi jauh lebih banyak dibandingkan hakikat Islam yang merupakan rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua pihak tanpa dibatasi latar kaum, kedudukan, tempat dan agama).

“Daesh juga kononnya sedang melaksanakan Islam versi mereka. Apa yang terjadi akhirnya? Apakah Islam bertambah mulia ataupun Islam dibenci dan dihina? Musnah nama agama dan rosak kemanusiaan serta hak asasi atas nama perlaksanaan Islam Daesh,” katanya.

Sebelum ini, kenyataan mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mewajibkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong pindaan itu di Parlimen menerima pelbagai reaksi daripada pemimpin dan orang awam.
Powered by Blogger.