Berita Terkini
recent

Harith terpilih ke Funniest Person In The World

PELAWAK terkenal, Harith Iskander terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Funniest Person In The World anjuran Laugh Factory, yang akan diadakan di Helsinki Finland pada Disember ini.

Menerusi kemas kini di Facebooknya, Harith meminta agar orang ramai memberi sokongan kepadanya.

"Saya terpilih mewakili Malaysia...Hanya seorang wakil dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir. Untuk itu, saya memerlukan 'like' dan 'share' anda semua," ujarnya.

Katanya lagi, kini sudah sudah tiba masanya komedi Malaysia diangkat di mata dunia.

"Izinkan saya mengibar bendera Malaysia di pentas komedi dunia!," katanya lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.