F 'Harga tersembunyi' dikenakan syarikat telco? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Harga tersembunyi' dikenakan syarikat telco?

“SEDAR-sedar kredit kena telan padahal tak banyak panggilan atau mesej dibuat.

“Hmmm...kuota internet kena ditambah lagi."

Ini antara rungutan pengguna berikutan berlaku ‘harga tersembunyi’ syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan amat misteri.

Ini belum lagi mengenai mutu perkhidmatan yang tidak konsisten. Walaupun pengguna tidak berjaya menghubungi seseorang dan talian terputus, namun caj tetap dimasukkan dalam bil!

Masalah membabitkan caj telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia dan ia sukar dipantau oleh pengguna sendiri.

Sampai bila rakyat Malaysia akan menghadapi permasalahan ini?

Ikuti laporan khas SOROT di akhbar Sinar Harian esok mengenai misteri caj ini.
Powered by Blogger.