F Hans Isaac Nafi Peluk Islam, Akui Masih Penganut Roman Katolik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hans Isaac Nafi Peluk Islam, Akui Masih Penganut Roman Katolik

Pelakon dan penerbit terkenal Datuk Hans Isaac, 45, menyangkal dakwaan sebuah laman gosip tempatan bahawa dirinya sudah memeluk agama islam.

Menerusi laman sosial Instagram akhbar Kosmo! menyebut, Hans menyatakan dia masih penganut agama Roman Katolik.

Tidak benar. Saya masih penganut Roman Katolik," kata Hans.

Sejak semalam kecoh apabila timbul desas-desus yang dikeluarkan oleh sebuah laman gosip tempatan berkenaan mendakwa Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac telah pun menukar agamanya.

Laporan blog tersebut turut menyebut, pelakon tinggi lampai ini dikatakan telah memeluk Islam di sebuah negeri di Pantai Timur pada awal tahun ini.

Powered by Blogger.